Bahan-bahan
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula
Cara-cara
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.Tuang ke atas puding roti td
Comments